NADI – Awareness : Shopping Scam – Bahaya Untuk Anda (SMK)

19 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

18 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti Webinar: Shopping Scam – Bahaya Untuk Anda. Webinar ini telah dihadiri seramai 3 orang pelajar sekolah menengah.

Dalam kalangan pelajar sekolah menengah, membeli-belah secara dalam talian kini menjadi trend kerana mudah diakses melalui telefon pintar. Namun, wujud bahaya shopping scam yang sering memerangkap pelajar dengan tawaran harga murah atau barangan berjenama tiruan. Pelajar mungkin kehilangan wang simpanan, maklumat peribadi dicuri atau terdedah kepada akaun media sosial digodam. Situasi ini boleh menjejaskan keyakinan diri serta keselamatan kewangan keluarga. Oleh itu, pelajar harus berwaspada dengan membuat semakan laman web, elakkan berkongsi maklumat penting dan hanya membeli melalui platform dipercayai. Kesedaran awal mampu melindungi pelajar daripada menjadi mangsa penipuan.

Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali